📊 Goodwill dalam Penyata Kewangan: Apa yang Anda Perlu Fahami Sebelum Membeli Syarikat

 

Bagi seorang usahawan atau pemilik syarikat, peluang untuk membeli atau bergabung dengan syarikat lain bukan sekadar urusan transaksi – ia adalah strategi jangka panjang untuk memperkukuh pasaran, mendapatkan pelanggan baru, atau memperluas jenama.

Dalam proses ini, anda pasti akan berdepan istilah Goodwill dalam penyata kewangan.


Apa itu Goodwill?

Goodwill ialah nilai tambahan yang dibayar apabila membeli sesebuah syarikat (Tukar Milik) – atas faktor-faktor yang tidak kelihatan dalam kunci kira-kira seperti:

  • Reputasi perniagaan 📌

  • Kekuatan jenama 📌

  • Hubungan pelanggan 📌

  • Keupayaan pasukan & budaya kerja 📌

Semua ini adalah aset penting, walaupun tidak direkod secara fizikal dalam akaun.


Bagaimana Goodwill Dikira?


Formula asas:

Goodwill = Harga Belian – Nilai Pasaran Aset Bersih

 

🔹 Harga Belian: Jumlah sebenar yang anda bayar untuk memperolehi syarikat (tunai, saham, atau gabungan).

🔹 Nilai Pasaran Sebenar Aset Bersih: Nilai semasa semua aset (bangunan, inventori, peralatan) tolak semua hutang & liabiliti. Biasanya ditentukan oleh penilai profesional.


Contoh mudah:

  • Nilai aset Syarikat B = RM 5 juta

  • Liabiliti = RM 2 juta

     ➡️ Aset bersih = RM 3 juta

Namun, Syarikat A bersedia membayar RM 4 juta kerana jenama Syarikat B kukuh & pelanggan setia.
➡️ Maka, Goodwill = RM 1 juta

Jumlah ini akan direkod sebagai aset tidak ketara dalam penyata kewangan.


Bagaimana Goodwill Direkod di Malaysia?

Menurut MFRS (Malaysian Financial Reporting Standards):

  • Goodwill dianggap mempunyai hayat tidak terbatas (indefinite life).

  • Ia tidak disusutnilai (tiada amortisasi).

  • Sebaliknya, perlu diuji setiap tahun melalui Impairment Test (Ujian Lemparan Nilai).


📌 Impairment Test:
Nilai buku goodwill akan dibandingkan dengan “recoverable amount”, iaitu:

  1. Nilai Jualan Bersih (selepas kos)

  2. Value in Use – nilai semasa aliran tunai masa depan yang dijangka

Jika recoverable amount lebih rendah, syarikat perlu rekod impairment loss dalam penyata untung rugi.


Kenapa Goodwill Penting Untuk Anda Sebagai Pemilik Bisnes?

✅ Membantu menilai sama ada harga belian syarikat berbaloi.
✅ Memberi gambaran sebenar tentang “nilai tak ketara” yang anda sedang atau akan beli.
✅ Elak terlebih bayar atau terkurang terima bayaran hanya kerana anggapan populariti jenama.
✅ Jadi asas penting dalam rundingan pembelian & due diligence.


Bagaimana MOF Management Boleh Membantu Anda

Di MOF MANAGEMENT SDN. BHD., kami menyediakan:

  • 📑 Konsultasi pengurusan & penilaian syarikat Perniagaan

  • 📊 Nasihat kewangan & percukaian untuk pengambilalihan syarikat atau Perniagaan

💡 Jika anda bercadang membeli atau berunding ambil alih syarikat atau Perniagaan, pastikan anda tahu nilai sebenar yang dibayar – termasuk Goodwill.

👉 Hubungi kami hari ini untuk sesi nasihat awal.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi di Talian Rasmi kami:-

𝟬𝟵-𝟴𝟱𝟬𝟮𝟭𝟰𝟬 - Khidmat Setiausaha Syarikat (Corp. Secretary Serv)
𝟬𝟵-𝟴𝟱𝟬𝟮𝟭𝟰𝟳 - Khidmat Perakaunan (Accounting Serv)
𝟬𝟵-𝟴𝟱𝟬𝟮𝟭𝟰𝟭 - Khidmat Perakaunan (Accounting Serv)
𝟬𝟵-𝟴𝟱𝟬𝟮𝟭𝟰𝟰 - Khidmat Percukaian & Perlesenan CIDB/MOF/dll
𝟬𝟵-𝟴𝟱𝟬𝟱𝟰𝟵𝟰 - Khidmat Takaful AM/Projek/Logistik dan Pengurusan Harta Pusaka lslam


“Business Management & Consultant – Business is Our Services”




Nota Rujukan:

  • HashMicro – Definisi Goodwill & impairment test tahunan.

  • MFRS 136 (Grant Thornton Malaysia, MICPA) – Keperluan undang-undang di Malaysia.

  • ACCA Global – Definisi impairment & recoverable amount.

  • PwC Malaysia – Garis panduan ujian impairment tahunan.


📚 Piawaian Berkaitan

  • MFRS 3 – Penggabungan Perniagaan (Business Combinations)
  • MFRS 136 – Kemerosotan Nilai Aset (Impairment of Assets)
  • ISA 700 & 701

Comments

Popular posts from this blog

SIJIL PEMATUHAN PERCUKAIAN - TCC

ADAKAH SYARIKAT ENTERPRISE PERLU MEMBAYAR CUKAI ?