SIJIL PEMATUHAN PERCUKAIAN - TCC
๐ฆ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ง๐จ๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ / ๐ง๐๐ซ ๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐๐๐ง๐ : ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐๐๐๐ก
Tahukah anda bahawa terdapat satu perubahan penting dalam
prasyarat perolehan kerajaan? Bermula pada 1 Januari 2023, setiap syarikat dan
pembekal yang ingin mendapatkan projek daripada kerajaan perlu memperolehi
Sijil Pematuhan Cukai (TTC). Apakah Sijil Pematuhan Cukai ini dan mengapa ianya
begitu penting? Mari kita teliti dengan
lebih mendalam.
Sijil Pematuhan Cukai adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan
oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sebagai bukti bahawa pembayar
cukai telah memenuhi tanggungjawab cukai mereka dengan memfailkan dan membayar
cukai yang sewajarnya. Ia bukan lah suatu perkara yang baru, malah telah pun
digunakan di beberapa buah negara lain seperti United Kingdom, Ireland,
Singapura, dan Fiji.
Keputusan pengenalan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) ini adalah
untuk meningkatkan tahap pematuhan cukai dan memastikan keadilan dalam
perolehan kerajaan. Pembekal atau syarikat yang ingin mendapatkan projek
kerajaan harus mempunyai Sijil Pematuhan Cukai yang sah. Ini akan memastikan
bahawa hanya syarikat yang mematuhi undang-undang cukai dan melunaskan cukai sahaja
yang berpeluang untuk mendapatkan projek
tersebut.
Melalui langkah ini, kerajaan juga bertujuan untuk mencapai
disiplin dan ketelusan dalam urusan cukai. Setiap pembekal dan syarikat
dikehendaki mempunyai nombor rujukan cukai pendapatan untuk mengakses sistem
perolehan. Pembekal yang belum mempunyai nombor rujukan tersebut perlu memohon
kepada HASiL atau melalui mana-mana ejen cukai yang dilantik.
Mana-mana peniaga atau pembekal yang telah memperolehi
nombor rujukan, perlu juga mematuhi dua kriteria khusus yang ditetapkan oleh
HASiL: 1- pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan 2- pembayaran
cukai pendapatan yang betul.
![]() |
Manfaat jika perolehi TCC |
Bagi pembekal yang memperolehi kelulusan pembayaran cukai
secara ansuran, mereka juga akan dikategorikan sebagai pembayar cukai yang
patuh jika mematuhi jadual pembayaran yang ditetapkan oleh HASiL. Namun, jika
pembekal atau syarikat tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, masih ada
peluang untuk mendapatkan Sijil Pematuhan Cukai berdasarkan keadaan tertentu
seperti hal isu teknikal, rayuan, atau kelulusan bersyarat daripada Kementerian
Kewangan.
Sijil Pematuhan Cukai ini akan dikeluarkan satu tahun
sahaja, tetapi ia memberikan manfaat yang besar kepada pemegangnya. Dalam
tempoh satu tahun tersebut, pemegang sijil ini boleh menggunakan sijil tersebut
untuk membida kontrak dengan mana-mana agensi kerajaan. Selepas tempoh satu
tahun berakhir, pembekal atau syarikat boleh memohon Sijil Pematuhan Cukai
baharu.
Kelebihan Sijil Pematuhan Cukai ini sangat penting bagi
peniaga yang patuh dengan undang-undang cukai. Mereka akan mendapat kelebihan
berupa peluang perolehan kerajaan, reputasi yang baik, dan akses kepada
perniagaan yang lebih luas. Bagi pembayar cukai yang selama ini mematuhi
undang-undang, langkah ini memberikan keadilan dan menggalakkan tanggungjawab
cukai yang sepatutnya.
Jadi, sebagai peniaga yang bijak, mari kita patuhi peraturan
cukai dan peroleh Sijil Pematuhan Cukai. Dengan ini, kita dapat memperolehi
kelebihan yang unik dan menarik dalam perniagaan kita, serta menyumbang kepada
pembangunan negara yang lebih baik melalui pematuhan cukai yang tepat.
Untuk memastikan pematuhan dan pembayaran cukai yang betul,
pastikan anda atau mana-mana perniaga menghasilkan penyata perakaunan yang
betul serta saksama sebelum pergi kepada pengiraan cukai. Dan Ini berhasil melalui
nasihat dan Khidmat Ejen cukai atau Akauntan bertauliah. Oleh itu dinasihatkan
untuk dapatkan nasihat mereka agar Laporan pematuhan tahunan cukai dapat
dilaksanakan dengan baik serta memaksimakan inisiatif dan penolakan percukaian
yang dibenarkan.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi di Talian Rasmi kami:-
๐ฌ๐ต-๐ด๐ฑ๐ฌ๐ฎ๐ญ๐ฐ๐ฌ - Khidmat Setiausaha Syarikat (Corp. Secretary Serv)
๐ฌ๐ต-๐ด๐ฑ๐ฌ๐ฎ๐ญ๐ฐ๐ณ - Khidmat Perakaunan (Accounting Serv)
๐ฌ๐ต-๐ด๐ฑ๐ฌ๐ฎ๐ญ๐ฐ๐ญ - Khidmat Perakaunan (Accounting Serv)๐ฌ๐ต-๐ด๐ฑ๐ฌ๐ฎ๐ญ๐ฐ๐ฐ - Khidmat Percukaian & Perlesenan CIDB/MOF/dll๐ฌ๐ต-๐ด๐ฑ๐ฌ๐ฑ๐ฐ๐ต๐ฐ - Khidmat Takaful AM/Projek/Logistik dan Pengurusan Harta Pusaka lslam
Follow juga kami disini :-
FB : https://www.facebook.com/mofmgt Link-In : https://www.linkedin.com/company/mof-management/about/?viewAsMember=true Googleweb : https://mof-management-sdn-bhd.business.site/?utm_source=gmb&utm_medium=referral&fbclid=IwAR3DimB1JurEHQBQmTGIVS4DGDa11svNo3vmkzWHs
Comments
Post a Comment